Thursday, April 19, 2012

Khas untuk Kaum Hawa.....



           Hari ni aku nak cite khas untuk semua wanita islam seluruh dunia, di bumi Allah yang bersifat sementara. Aku brcerita setelah sebak membacanye di Facebook. Kaum laki mcm aku pon takkan trlepas dr azab dan seksaan di hari akhirat nnti.. Banyak ulama @ hadis menerangkan bahawa di syurga kebanyakan penghuninya org miskin sementara di neraka kebanyakan wanita. Sementara mnurut para ulama @ hadis juga mnyatakan bahawa org yang masuk syurga @ neraka setelah dihisab pd hari kiamat.

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut :

Saya bersama-sama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah, maka kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau: "Apakah yang menyebabkan engkau menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "Pada malam aku di Israkan ke langit, saya melihat orang-orang yang sedang mengalami penyiksaan, maka apabila aku teringat keadaan mereka, aku menangis."
Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah engkau lihat?" Beliau bersabda:

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.
2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangan dicopot dari punggungnya, aspal mendidih dari neraka dituang ke kerongkongnya.
3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya, sedang air getah kayu Zakum dituangkan ke kerongkongnya.
4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya kearah ubun-ubun kepalanya, serta dibelit dan dibawah kekuasaan ular dan kala jengking.
5. Wanita yang memakan badannya sendiri, serta dibawahnya tampak api yang berkobar-kobar dengan hebatnya.
6. Wanita yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.
7. Wanita yang bermuka hitam serta dia makan usus-ususnya sendiri.
8. Wanita yang tuli, buta dan bisu didalam peti neraka, sedang darahnya mengalir dari lubang-lubang badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.
9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan berbadan himmar (keledai) yang mendapat berjuta macam siksaan.
10. Wanita yang berbentuk anjing, sedangkan beberapa ular dan kala jengking masuk melalui duburnya atau mulutnya dan keluar melalui duburnya, sedangkan malaikat sama-sama memukuli kepalanya dengan palu dari neraka.



Maka berdirilah Fatimah seraya berkata, "Wahai ayahku, biji mata kesayanganku, ceritakanlah kepadaku, apakah amal perbuatan wanita-wanita itu." Rasulullah s.a.w. bersabda : "Hai Fatimah, adapun tentang hal itu :

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana tidak menjaga rambutnya (di jilbab) dikalangan laki-laki.
2. Wanita yang digantung dengan lidahnya, kerana dia menyakiti hati suaminya, dengan kata-katanya."
Kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda : "Tidak seorang wanita pun yang menyakiti hati suaminya melalui kata-kata, kecuali Allah s.w.t. akan membuat mulutnya kelak dihari kiamat selebar tujuh puluh dzira kemudian akan mengikatkannya dibelakang lehernya."
3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya, kerana dia menyusui anak orang lain tanpa seizin suaminya.
4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tanganya itu, kerana dia keluar rumah tanpa seizin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan dari nifas (keluar darah setelah melahirkan).
5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri, kerena dia bersolek untuk dilihat laki-laki lain serta suka membicarakan aib orang lain.
6. Adapun wanita yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka, dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang banyak, dengan maksud supaya mereka (orang banyak) itu melihat perhiasannya, dan setiap orang yang melihatnya jatuh cinta padanya, karena melihat perhiasannya.
7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai keubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking, kerana dia mampu untuk mengerjakan sholat dan puasa, sedangkan dia tidak mau berwudhu dan tidak sholat dan tidak mau mandi wajib.
8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keledai (himmar), kerana dia suka mengadu-domba serta berdusta.
9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing, kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.




           Maka, segeralah kite bertaubat kpd Allah slagi pintu taubat akan ditutup kelak.. Ia mnjadi pengajaran kpd aku dan semua untuk tidak mnjadikan dunia sbgai mdan utk berseronok dan berfoya-foya...aku sendiri wlaupun kaum Adam pon agak takut dgn azab Allah..
Renung-renungkan dan fikir-fikirkan...

Sunday, April 15, 2012

Battleship


           Wah kalau tak sempat tengok wayang filem ni, tngok m'gunakan maya a.k.a you tube ker or other source asalkan dpat tngok..sedih jgak tak dpat tngok filem aksi nie dkat panggung..walauapepun, filem ni memang gempak dgan CGI dan jlan ceritenyer..kate kwan2 aku la...aku ni pminat cerita genre aksi mcm nie. Setelah skodeng dan tngok disebalik tabir, dpatla aku rungkai cerita ni mula-mula start dengan ada pihak yang hantar signal ke planet yang dia punya struktur sama seperti bumi dikenali sebagai planet G. Beberapa tahun lepas tu, ada lima unknown flying ship yang mendekati bumi di anggap sebagai jawapan bagi signal yang dihantar sebelum ini.

           Filem nie lbih kurang menceritakan satu armada tentera US berperang dgan armada of unknown origins bagi menghalang niat mereka untuk menghapuskan planet bumi.. mcm tula lbih kurg sinopsis die..blan April dah kuar filem dr jangkaan awal iaitu bulan may..

Enjoy n share la sape2 yg dah merasai pengalaman dkat panggung tngok filem nie k..









Saturday, April 14, 2012

Pengalaman Waktu Praktikal

Assalamualaikum...


              Hari nie tibe2 aku rajin nak post cerite2 blakang tabir aku..hahaha...ni time praktikal aku yg serba serbi kt MDTM...sekarang dah 4 bulan kat situ, tggal sebulan jer nak tggalkan jejak kaki aku yg pnjang keding ni kat situ..dapat bos yg sporting giler with staf yg byak membantu membuatkan aku ceria selalu..yang best dpat plak gelaran batch L.I terbaik..haha.. 
              Gambar kat bwah ni waktu lawatan site ke landfill dan depot lori sampah... brpeluh jgak kt sane... 




Ke pejabat mandor dan depot lori sampah


Sungai dekat landfill



           Sepanjang praktikal terdapat byak jgak bende yg aku belajar antaranye sorting waste, fogging, pengurusan sisa pepejal, kacauganggu dan lain2...Bos aku plak nak bwak aku pegi loji rawatan air..tak taw la sebab ape.. die memang nak sruh aku belajar tentang rwatan air yg memang bkaitan ngan kos aku...

           Pengalaman fogging pling best sekali yang tak sume orang boleh rase... smpai lenguh aku buat...  aku maen sembur jer kt rumah org...Fogging ni kena buat dlam pkul 6.30 ptg smpai kul 8.00mlm...maklumla waktu nie nyamuk baru kluar...tngok gamba bwah ni..

' Thermal Fogging' lame2 lenguh bahu aku



              Sorting waste jgak antara yg aku minat..buat plak dgan pensyarah UPSI..diorg pon trun buat jgak.. wlaupun tak semua org nak buat..tp demi kajian yg dijalankan mereka jgak sanggup buat asalkan projek berjaye.. kami pon trut join  aktivtiti 3 hari ni atas arahan bos ....tak sia2 Pn. Norsilan ajar aku MSW..mmg berkait rapat dgan dgan ape yg die ajar...mcm2 yg aku jumpe dlam smpah tu...yg pling aku geli sisa mkanan yg berlendir dan pampers yg berlambak..mmg nak muntah aku!!.. tp wlau ape pun projek ni berjaya dan semua data dah complete..yeah..tngok gamba bwah nie..


           
        
Berlambak sampah nak kena asing

Ni proses nak dapatkan ' Bulk density '

           Inilah cerite belakang tabir aku sepanjang praktikal yg nak dikongsikan...Aku hrap waktu present nanti dpat result yg excellent gitu..Insyaallah..
-saye bdak baru belajar klau salah tlong ajarkan-                                                          
       













Tuesday, April 3, 2012


Segmen Blogwalking & Tambah Followers Oleh Lisa





  Jom  join segmen Lisa Klik Sini..Expired date: 18 Mei 2012 
untuk tambah follower


Sunday, April 1, 2012



Assalamualaikum...


   
Coretan kedua nie aku nak kongsi psal Gua Tempurung...yg baru aku pegi sabtu lpas w family..nak bagitaw serba skit latar blakang die.. Gua Tempurung nie mrupakan  gua batu kapur yg terletak dkat Gopeng, Perak. Namanya diambil smpena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini pulak mencapai 1.9 km dan dipercayai tlh wujud sejak 8000 SM lagi. nak dikatakan smpai berpeluh-peluh ditambah tercungap aku naik tangga...dah la kena naik lpastu trun balik..curam beb.. Budak sekolah banyak wat perkhemahan kat kawasan nie.. n sape2 yg minat sukan lasak n adventure boleh la mai sini... bkan senang nak tengok ukiran dan rekabentuk semulajadi ciptaan ALLAH... 











Gua Tempurung  nie memg unik sebab lima kubah besar yg silingnya menyerupai tempurung kelapa, dgn tiap2 kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yg berbeza. Selain tu, dr bulan 3-5 memang musim kelawar...so, bau sgt kuat..sesekali dapat jgak rase angin sepoi2 dlam gua yg nyaman..Kate ayah aku dulu kat sini byak org betapa ( aku mengangguk jer )...n renjer yg bwak kami die kate dulu byak katak n ular..skang dah takde...siap die tunjuk ada satu batu kapur berbentuk osama...tak berapa jelas tapi ad la iras2...




             

                Walaubagaimanapun, riadah ngan family mmg best..dpat mengeratkan ukhuwah ditambah kesibukan masing2 bekerja n mengeratkan ksih syg...Sempena tahun melawat Perak syorkan korg lawatlah Negeri Perak..

Maaf, sekiranyer terdapat byak kekurangan..saye bdak baru belajar klau salah tlong tunjukkan...